a:hover {font-size: 22px; font-weight: bold;text-decoration: none;}

ShoutMix chat widget
hello~~~~~~ name saye ALIFF~~~~~~ jom larrrhhhh

Friday 25 March 2011

Kejadian Bunuh Diri di KB Mall...



KOTA BHARU: Sekeping tilam yang dipinjam dari premis berdekatan memisahkan seorang gadis berusia lingkungan 20-an dengan maut selepas dipercayai cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 petang itu, gadis berkenaan yang memakai baju-T putih dan berseluar jeans biru, sempat mengacukan pisau kepada anggota bomba yang cuba menghalangnya dari terjun dari ketinggian kira-kira 30 meter.
Kejadian yang mengundang panik ratusan pengunjung pusat beli-belah berkenaan itu, turut menyaksikan drama mendebarkan apabila gadis itu tergantung kira-kira tiga minit ketika anggota bomba cuba memaut tangannya sebelum dia jatuh dan mendarat di atas tilam berkenaan. 
" Difahamkan, gadis itu cuba membunuh diri kerana menghadapi masalah cinta dengan teman lelakinya. Saksi kejadian, Mohd Syah Azrul Afandi Yusof, 25, berkata, sebelum menyaksikan aksi mendebarkan itu, dia melihat gadis berkenaan mundar-mandir di tingkat berkenaan dan terkejut apabila dia cuba mengelar lengannya dengan pisau. “Sebelum jam 4 petang, saya lihat dia di berlegar-legar di tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall.

Dia juga dilihat cuba mengelar leher dan lengannya. “Tindakannya itu disedari orang ramai yang kemudian menghubungi bomba,” katanya. Sementara itu, Penguasa Bahagian Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Shahrin Yusmal Mat Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.54 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian bersama 16 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu serta Pengkalan Chepa.

Menurutnya, mereka terpaksa memujuk dan bergelut selama 20 minit dengan gadis terbabit memandangkan dia enggan bekerjasama, malah mengacukan pisau menyebabkan tiga anggota bomba yang cuba menyelamatkannya mengambil langkah berhati-hati.

“Mangsa enggan bekerjasama dan meronta-ronta minta dilepaskan menyebabkan berlakunya pergelutan. Ketika usaha memujuk, mangsa yang memegang sebilah pisau turut mengacukan senjata itu kepada anggota bomba.

“Kita sempat memaut tangannya tetapi gadis itu meronta-ronta menyebabkan dia terjatuh selepas pautan tangannya terlepas daripada pegangan anggota bomba,” katanya.

Monday 21 March 2011

CiNtA aGuNg...



Baby...Senyumanmu

menggetarkan sanubariku
Renunganmu
menggoncang hatiku
Wajahmu menawan
hatiku
Suaramu melumpuhkan
segala urat sarafku...
Baby...
Hadir dikau menerangi hidupku
Hadirnya dikau penguat semangatku
Datangnya engkau menceriakan harimu
Datangnya engkau mengusir lara di sudut hatiku...
Baby...
Kita ibarat Uda & Dara
Kita bagai Laila & Majnun
Kita seperti Romeo & Juliet
Kita umpama Adam & Hawa
Kita bak Shah Jehan & Mumtaz Mahal...

Kerna apa?

Kerna cinta kita cinta agung
Cinta sejati, cinta hakiki
Semoga kita juga bakal mengikut jejak
Pencinta-pencinta agung
Yang cintanya bersemayam di sudut hati
Walaupun telah pergi...

Teman Sejati

Teman sejati bermaksud kawan...
Baik, sayang, cinta, dan rindu...
Pada teman kita tak salah...
Kalau kau bukan teman yang sempurna & yang terbaik padaku...
Tak akan ku anggap kau sebagai teman...
Yang penting, aku amat menyayangimu...
Hubungan persahabatan yang kita jalinkan...
Tak kira dekat atau jauh...
Yang penting hatimu yang suci...
Menyebabkan aku mahu berkawan denganmu...
Kau tetap sahabatku...

Saturday 19 March 2011

Sepi...


Resah, suka dan duka...

Rasa ada di dada...

Reda terima apa jua...
Runtun mata dan jiwa...
Rela apa rasa...
Rungkai apa jua...
Resah juga akhirnya...

Gelora jiwa membangkit...
Getar rasa membukit...
Gempita hati tersepit...
Gelodak kata terhimpit...
Gejolak cinta terkapit...

Pasrah jua...
Pada na Esa...
Puitis azimat rasa...
Pasti terubat jua...
Penantian akhirnya...
Penamat adanya...
Sepi....

Thursday 17 March 2011

tEntAng BLOG.....

Ari ni....aku blajar bagaimana cara2 nak wat BLOG.....
Finally...aku berjaya hasilkan sebuah blog yg x seberapa hebat....dari org lain...

Dah Terlambat...

Bila semua dah kau ketahui...
Apakah kemaafanmu itu bermakna?
Tak perlu merayu...
Itu semua sandiwaramu...
Aku pasti...
Aku kan bakal terlena...
Untuk kali kedua & seterusnya...
Perlukah peluang untukmu...
Sedang kau sering menyakiti...
Sudahlah yang bernam penipu...
Tak akan ku lihat cahaya keinsafan....

cInTa bUkAn DaTaNg DaRi MaNuSiA.....

Sekiranya kita cinta kepada manusia, x semestinya manusia itu cinta kepada kita......tetapi...Sekiranya kita cinta kepada Allah S.W.T , nescaya cinta Allah tiada penghujungnya...sekiranya kita cinta kepada manusia, kita akan cemburu kepada orang yg kita cintai...tetapi...sekiranya kita cinta kepada Allah, kita akan turut mencintai orang yg melabuh ...

~ Aliff Cyprus ~